Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, December 2, 2011

MENYAMBUT ISTERI-ISTERI MANGSA ISA SABAH


Mengiringi para isteri dan ibu mangsa ISA Sabah ke Parlimen untuk sidang akhbar dan menghantar memorandum kepada Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak.


Sidang akhbar berlangsung di foyer bangunan Parlimen bersama-sama Pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh Al-Habshi serta Naib Presiden PAS YB Haji Salehuddin Ayob dan Ahli Parlimen Sungai Siput, Perak YB Jeyajumar yang juga Timbalan Presiden Parti Sosialis Malaysia, PSM.


Pada 23/11/2011 - Di LCCT KLIA bersama Ketua DPP Sabah dan Ketua Jabatan Guaman & Hak Asasi Manusia DPP, menyambut ketibaan isiteri-isteri mangsa ISA Sabah yang ke Parlimen untuk sidang akhbar dan menghantar memorandum kepada PM.

Mereka yakin anak-anak dan suami mereka bukan "terrorist" jadi mangsa politik antarabangsa
untuk meyakin Presiden Obama semasa berada di Bali pada sidang APEC. Mereka dituduh menyembunyikan "senjata" di dalam laut! Tak masuk akal, pendakwah bebas, peraih ikan dan nelayan ini dituduh macam itu. Kata isteri, mereka pegang senjata pun tak pernah! Cuma mereka pendakwah yang tak kenal penat mengajak manusia kepada Islam.


Pesuruhjaya PAS Sabah dan para peguam sedang mengambil details dan berbincang untuk tindakan guaman seterusnya. Isteri-isteri mangsa ISA seramai 5 keluarga itu menjadi tetamu Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan.


No comments: