Pada 17/12/11 Sabtu jam 9.00 pagi berlangsung pelancaran Konvensyen Malaysia Negara Berkebajikan Peringkat Pulau Pinang, di Kompleks JKK Kampong Pajak Song, Kepala Batas.
Dewan di Kompleks JKK ini dulunya dimonopoli oleh UMNO sebelum Mac 2008. Sekarang diselia oleh PAS & PKR Cawangan Kg Pajak Song dibantu PAS Kepala Batas .
Terdapat juga Perpustakaan Desa dan Pusat Khidmat Masyarakat di dalam kompleks ini serta padang permainan kanak-kanak.
Konvensyen ini dianjurkan oleh Lajnah Penerangan PAS Pulau Pinang dengan kerjasama PAS Kepala Batas dan PAS Tasek Gelugor.
Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membentang dokumen "Negara Berkebajikan - Tawaran PAS" yang telah dilancarkan oleh Dato Seri Tuan Guru Presiden minggu lepas di Shah Alam, Selangor.
Tuesday, December 20, 2011
KONVENSYEN MALAYSIA NEGARA BERKEBAJIKAN PERINGKAT PULAU PINANG
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment