Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, December 20, 2011

KES RAYUAN BERSIH 1 DI KOMPLEKS MAHKAMAH KUALA LUMPUR

Pada 14/12/2011 Rabu jam 11.00 telah berlangsung pendengaran rayuan dari pihak pendakwaraya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan semua tertuduh atas kesalahan di bawah Akta Polis Seksyen 27 (5)a - berhimpun secara haram. Mereka ditangkap termasuk saya di beberapa tempat berasingan sekitar perkarangan bangunan Parlimen pada 17/1/2008 beberapa hari sebelum Himpunan Bersih 1 - 2008.

Nostalgia - bergembira setelah dibebaskan oleh Mahkamah atas tuduhan berhimpun secara haram pada 8/10/2010. Ketika itu 3 orang tertuduh sudah bergelar YB.

Keputusan Mahkamah Rayuan akan didengar pada 10/1/2012 akan datang. 10 orang responden yang terlibat:

1. YB Dr Hatta Md Ramli - Ahli Parlimen Kuala Krai
2. YB Mohd Nasir Hashim - ADUN Kota Damansara
3. Ang Hiok Gai
4. Mohd Sabri Sapiai
5. Hashim Awang
6. Ustz Nasarudin Hassan Tantawi - Ketua Pemuda PAS
7. Azira Ariffin
8. Mohd Badilah Muda
9. YB Dr Lo' Lo' Ghazali - Ahli Parlimen Titiwangsa (allahyarhamah)
10. Ustzh Nuridah Mohd Salleh

Panel peguam-peguam yang mewakili semua responden:

1. Mohd Zamri - Ketua
2. Arif Azami
3. Azizan
4. Mohd Razlan Jalaluddin
5. Dr Zulqarnain Lukman.


No comments: