TAWARAN BUKU JINGGA – PAKATAN
RAKYAT
1. Apakah
itu Buku Jingga?
i.
Buku
Jingga adalah sebuah buku yang menerangkan dasar-dasar Pakatan Rakyat dalam
keseluruhan aspek pentadbiran negara yang melibatkan reformasi politik, ekonomi
dan sosial.
ii.
Ia turut
memuatkan program 100 hari Pakatan Rakyat, apabila mendapat mandat rakyat
memerintah negara kita ini.
iii.
Ia juga
adalah suatu pernyataan gambaran yang jelas bagaimana kerajaan Pakatan Rakyat
akan mengubah landskap kehidupan seluruh rakyat Malaysia.
2. Apakah
rasionalnya tawaran Buku Jingga?
i.
Ia adalah
satu kesepakatan lanjutan daripada permuafakatan yang telah dimeterai bersama
oleh Pakatan Rakyat melalui Dasar Bersama yang diangkat oleh perwakilan-perwakilan
dari PAS, PKR dan DAP dalam tahun 2009 pada Konvensyen Pakatan Rakyat yang
pertama. Dasar Bersama ini mempertegaskan sebuah piagam yang mengikat
ketiga-tiga parti di dalam komponen Pakatan Rakyat kepada dasar-dasar
perjuangan yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, contohnya menjulang
Perkara 153 mempertahankan institusi Raja Berpelembagaan dan Perkara 152 bagi
memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
ii.
Dasar
Bersama ini merupakan sebuah kerangka utama perjuangan Pakatan Rakyat, tetapi
perlu diterjemahkan kepada program-program yang dilaksanakan secara praktikal
untuk merealisasikan matlamatnya. Bagi menghuraikan sejelas-jelasnya bentuk
program-program pelaksanaan ini, Buku Jingga diterbitkan untuk menggariskan
semua langkah-langkah yang akan diambil bagi melaksanakan reformasi politik,
ekonomi dan sosial tersebut.
iii.
Secara
politiknya ia adalah jawapan yang akan menutup dakwaan UMNO Barisan Nasional
bahawa Pakatan Rakyat hanya pandai membangkang saja tanpa mempunyai perancangan
dan program pelaksanaan untuk mentadbir kerajaan Persekutuan. Apa yang jelas
bahawa dengan kehadiran Buku Jingga menyebabkan UMNO Barisan Nasional menjadi “defensive”
– mencari helah membela diri – dan terpaksa memberi respon positif terhadap
program-program yang akan dilaksanakan dengan meniru dan melaksanakan program
yang serupa tetapi masih menjaga kepentingan mereka bukan kepentingan rakyat.
Misalnya memansuhkan Akta ISA tetapi menggantikannya dengan dua akta lain yang
masih mengekalkan pelaksanaan tahan tanpa bicara.
3.
Bagaimanakah pendekatan yang ditegaskan dalam Buku Jingga?
Pertama :
Pengurusan Ekonomi.
i.
Mewujudkan
suasana yang kondusif untuk ekonomi negara berkembang dengan pesat dan
pengurusan perniagaan yang produktif serta persaingan sihat terjamin dan adil.
ii.
Potensi
ekonomi negara tidak tercapai dengan cemerlang akibat pelbagai kebejatan dan
kronisme yang dilakukan oleh UMNO Barisan Nasional.
iii.
Kurangnya
dokongan sektor swasta yang hampir dimonopoli oleh kroni-kroni dan pelaburan
asing yang mula beralih ke negara-negara jiran disebabkan iklim pelaburan yang
tidak menjamin pertumbuhan yang adil kepada mereka.
iv.
Asas-asas
pentadbiran negara yang kurang meyakinkan dengan gejala rasuah, campurtangan
politik dalam kehakiman dan badan-badan penguatkuasaan, ketidak telusan dalam
sistem pilihan raya merendahkan daya saing dan tarikan peluang pelaburan di
mata antarabangsa serta komuniti dunia perniagaan.
v.
Sebuah
kerajaan yang dilihat memanipulasi institusi-institusi utama negara sudah tentu
akan mengambil sikap sambil lewa dalam mempertahankan hak-hak para peniaga dan
pelabur. Malah sangat membimbangkan mereka bahawa undang-undang dan
penguatkuasa boleh saja diperkotak-katikan bagi menganiaya mereka serta
terpaksa memberi rasuah dalam survival perniagaan yang berterusan.
vi.
Bagi
menjamin kesejahteraan rakyat ekonomi negara perlu berkembang pesat agar hasil
negara meningkat serta peluang pekerjaan yang berkualiti dinikmati oleh rakyat.
vii.
Bagi
memastikan ekonomi berkembang sihat reformasi politik yang memperbaiki
perjalanan institusi-institusi Badan Kehakiman, Polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya amat perlu dilaksanakan dengan jayanya
agar dapat menghilangkan kerisauan golongan peniaga dan pelabur.
viii.
Justeru
itu reformasi ekonomi tidak akan berlaku tanpa didahului dengan reformasi
politik. Sedangkan UMNO Barisan Nasional cuba mengaburi mata rakyat dengan
pelbagai program transformasi ekonomi dan kononnya transformasi politik bagi
mengekalkan status quo dan menjamin survival politik serta kroni-kroni mereka
bukan untuk kesejahteraan rakyat.
ix.
Justeru
itu agenda utama dan janji-janji Pakatan Rakyat yang diperincikan dalam tawaran
Buku Jingga adalah bersabit dengan reformasi politik, iaitu memansuhkan ISA
(menghapuskan tahanan tanpa bicara), pemulihan dan reformasi Badan Kehakiman, Polis
Di Raja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan
Raya, serta penubuhan satu Suruhanjaya Di Raja mengenai kemelut warga pendatang
asing di Sabah.
Kedua
: Kesejahteraan Rakyat.
i.
Meringankan
bebanan kos sara hidup rakyat dan membantu kesempitan rakyat termiskin.
ii.
Kos sara
hidup yang semakin meningkat menjejaskan kesejahteraan rakyat akibat kegagalan
UMNO Barisan Nasional mengawal kenaikan harga barangan keperluan dan
perkhidmatan.
iii.
Kualiti
hidup rakyat semakin menurun saban hari disebabkan kenaikan gaji dan upah
tahunan yang tidak selari dengan kenaikan harga barangan keperluan dan kos sara
hidup.
iv.
Langkah-langkah
drastik perlu diambil bagi menghapuskan semua bentuk penyelewengan sementara
usuha-usaha pemulihan ekonomi berjalan dan peningkatan pelaburan asing
digiatkan. Semua ini tidak akan tercapai tanpa reformasi politik.
v.
Langkah-langkah
ini terkandung di dalam tawaran Buku Jingga adalah:
a.
Mengambil
alih lebuhraya-lebuhraya dengan tujuan menghapuskan tol.
b.
Mengembalikan
konsesi air kepada kerajaan negeri-negeri dengan tujuan menurunkan tarif air
yang dikenakan kepada rakyat.
c.
Memperkenalkan
perkhidmatan WI-FI percuma kepada rakyat di bandar dan separa bandar.
d.
Mengekalkan
subsidi bahan api dan keperluan makanan kepada golongan termiskin dengan
mengalihkan subsidi koprat kepada subsidi untuk rakyat.
Ketiga
: Meningkatkan Pendapatan Rakyat.
I.
Meningkatkan
pendapatan rakyat dengan mengagihkan kekayaan negara secara sama rata serta
mengutamakan rakyat termiskin dan tertindas.
II.
Langkah-langkah
drastik diperlukan bagi memberi tumpuan mengagihkan kekayaan kepada golongan
sasar yang memberi kesan besar kepada ekonomi setempat terdiri daripada sektor
perkhidmatan awam, peneroka Felda dan golongan termiskin dan tertindas.
III.
Tiga
golongan sasar yang diberikan keutamaan dalam termpoh 100 hari Pakatan Rakyat
mentadbir negara ialah:
1.
Golongan
pendidik adalah golongan terbesar bagi perkhidmatan awam. Dianggarkan terdapat
seramai 520,000 orang termasuk pegawai pendidikan dan pentadbir. Selama ini
mereka dilupakan dan tidak dibela walaupun amanah besar diberikan kepada mereka
bagi menyediakan sumber manusia terlatih bagi pembangunan negara. Tawaran elaun
khas RM500.00 seorang diberikan kepada pendidik dan semua yang terlibat dengan
kerjaya perguruan bagi mengangkat martabat perguruan dan seterusnya menarik
lebih ramai golongan cerdik pandai menyertai kerjaya perguruan.
2.
Golongan
rakyat di negeri-negeri termiskin – Sabah, Sarawak, Kelantan dan Terengganu.
Ironinya negeri-negeri ini merupakan negeri-negeri yang kaya dengan sumber
petroleum dimana hasilnya hampir dibolot oleh kerajaan Persekutuan. Tawaran
Pakatan Rakyat menjanjikan royalti petroleum sebanyak 20 peratus secara terus
kepada rakyat di negeri-negeri tersebut. Tindakan ini bagi menggiatkan lebih
banyak program membasmi kemiskinan dan meningkatkan keupayaan mereka.
3.
Golongan
Generasi Kedua dan Ketiga Peneroka Felda – mereka tersisih selama ini akibat
usaha-usaha pengkopratan Felda yang tidak langsung memberi tempat kepada mereka.
Juga usaha-usaha menggiatkan pembangunan semula dan ransangan ekonomi di
kawasan-kawasan rancangan yang selama ini masih ketinggalan. Tawaran Buku
Jingga menjanjikan pembukaan tanah-tanah Felda Plantation kepada mereka bagi
membolehkan mereka terlibat sama menyumbang kepada arus pembangunan serta
mendapatkan sumber yang mampu membantu kesulitan hidup yang mereka hadapi
sekarang.
Keempat
: Program 100 Hari Pakatan Rakyat
Pakatan Rakyat
akan melaksanakan reformasi menyeluruh dalam semua aspek pengurusan negara,
ekonomi, pendidikan dan sebagainya berdasarkan prinsip yang digariskan di dalam
Dasar Bersama.
Sebagai permulaan
kepada reformasi tersebut, dalam 100 hari kami mendapat mandat rakyat, kami
akan melaksanakan program berikut:
- Mereformasikan institusi-institusi penting negara seperti SPR, SPRM, Pejabat Peguam Negara dan PDRM untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan.
- Memasuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
- Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol.
- Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 billion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.
- Mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang guru sebagai penghargaan guru pendidik bangsa.
- Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan.
- Menyediakan perkhidmatan internet WI-FI percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.
- Membatalkan Felda Plantation bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.
- Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Trengganu dan Kelantan kepada 20%
- Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.
Kelima :
Matematik Buku Jingga.
1. Janji memansuhkan tol bermula dengan
mengambil alih PLUS.
a. Kos :
i.
KWSP dan
Khazanah Berhad telah pun memiliki 66% saham PLUS.
ii.
Aset dan
operasi PLUS dianggarkan berjumlah RM 23 billion.
iii.
Mengambil
alih PLUS hanya perlukan RM 7 – 8 billion.
iv.
Kos
menyelenggara tahunan PLUS adalah RM 300 juta.
v.
Kos
pengurusan tahunan PLUS adalah RM 300 juta.
vi.
Jumlah
kutipan tol PLUS setiap tahun adalah RM 2 billion.
vii.
Jumlah
pampasan yang dibayar kerajaan kepada PLUS setiap tahun adalah RM 800 juta.
b. Bagaimana
menampung:
i.
Hentikan
ketirisan RM 28 billion setahun dan gunakan subsidi gas kepada koprat berjumlah
RM 19 billion setahun untuk mengambil alih PLUS.
ii.
Kos
menyelenggara dan pengurusan PLUS (yang belum dikurangkan) sekarang berjumlah
RM 600 juta adalah lebih rendah dari belanja yang ditanggung kerajaan sebanyak
RM 800 juta setiap tahun bagi membayar pampasan.
iii.
Jika
kerajaan menyelenggara PLUS tanggungan kewangan masih rendah tetapi baiknya dan
kesan terus kepada rakyat dapat menjimatkan RM 2 billion tol yang kini terpaksa
dibayar.
2. Janji imbuhan khas RM 500 seorang setiap
bulan kepada guru-guru.
a. Kos :
i.
Anggaran
jumlah keseluruhan guru dan pegawai pendidikan adalah 520,00 orang.
ii.
Kos setiap
tahun adalah RM 3.2 billion.
b. Bagaimana menampung:
i.
Hentikan
ketirisan RM 28 billion setahun dan gunakan sebahagian daripada subsidi gas
kepada koprat berjumlah RM 19 billion yang telah diselamatkan, sudah lebih dari
cukup bagi membayar imbuhan guru setiap tahun.
3. Janji memulangkan
konsesi air kepada rakyat.
a. Kos :
i.
Sudahpun
dilaksanakan dengan jayanya di Selangor.
ii.
Skim
berjaya menampung belanja RM 12 juta setiap bulan disalur terus kepada rakyat
dalam bentuk air percuma.
b. Bagaimana
menampung:
i.
Ambil
contoh pengurusan air oleh kerajaan Selangor.
ii.
Skim dapat
menampung RM 12 juta sebulan atau RM 144 juta setahun bagi pembiayaan air
percuma kepada rakyat.
4. Janji melupuskan Felda Plantation dan
menawarkan tempat rancangan tanah kepada
generasi kedua dan ketiga Felda.
a. Kos :
I.
Mengagihkan
tanah-tanah yang diurus oleh Felda Plantation sekarang kepada mereka.
II.
Menggunakan
aset bukan tanah Felda Plantation untuk menampung kos penyelenggaran dan
pengurusan peserta disamping bakinya digunakan untuk pembangunan rancangan
tanah.
b. Bagaimana menampung.
i.
Reformasi
pengendalian dan pengurusan tanah-tanah rancangan supaya lebih mesra peneroka
tanpa membebankan Felda.
ii.
Mencairkan
aset bukan tanah Felda Plantation dan menyusun semula semua aktiviti perniagaan
Felda.
U
B A H S E K A R A N G - S E
L A M A T K A N M A L A Y S I A
Kertas kerja ini dibentang pada Taklimat Isu Semasa Dewan Muslimat PAS Bagan Serai, Perak pada 5 Mei 2012 - Sabtu jam 10.00 pagi.
1 comment:
Casino Vegas: What to Know BEFORE You Play
Casino Vegas is a classic Vegas casino that is 경상북도 출장안마 owned and operated by Wynn 안동 출장샵 Resorts. 광명 출장샵 The property is part of MGM Resorts International. 속초 출장마사지 The 군포 출장마사지 property is
Post a Comment