Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, April 15, 2009

KECERMELANGAN MENGEKALKAN KEMENANGAN RAKYAT DAN MEMPERTEGUH JALINAN PAKATAN RAKYAT

DUN CHANGKAT JERING

DUN TRONG

DUN KUALA SEPETANG


Saya bagi pihak DMPP mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadhrat Allah s.w.t. di atas kejayaan cemerlang PAKATAN RAKYAT pada dua kawasan pilihanraya kecil, P059 Parlimen Bukit Gantang, Perak dan N17 Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau, Kedah.

Saya juga ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih yang tak terhingga kepada semua jentera PAKATAN RAKYAT disemua peringkat hingga ke akar umbi di atas usaha-usaha gigih dan kesungguhan yang diberikan bagi meraih kejayaan yang cemerlang ini di kedua-dua kawasan tersebut.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih di atas doa dari segenap ahli-ahli dan penyokong PAKATAN RAKYAT diseluruh Negara serta dimana jua mereka berada.

Terutama juga kepada semua para pengundi yang telah memilih dengan bijak serta telah memberikan kepercayaan kepada kedua-dua calon PAKATAN RAKYAT dengan sokongan yang begitu meyakinkan.

DMPP amat yakin bahawa dengan mandat besar yang telah diberikan kepada calon-calon PAKATAN RAKYAT, bukan saja dapat membantu kami memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat, bahkan dapat mengukuhkan lagi jalinan di antara parti-parti di dalam PAKATAN RAKYAT.

Suara dan mandat yang begitu besar yang telah diberikan oleh rakyat menandakan bahawa rakyat telah sedar dengan segala kepincangan dan kemungkaran yang telah dilakukan oleh BARISAN NASIONAL, terutamanya UMNO. Natijahnya rakyat telah menolak BARISAN NASIONAL dan UMNO, dan rakyat telah mengambil inisiatif dan sikap untuk merubah.

Kemenangan ini juga merupakan penerusan dan kesinambungan era perubahan yang telah bermula dengan tsunami politik pada PRU 12 yang lalu. Dengan kehendak Allah s.w.t. hanya masa akan menentukan bahawa tampuk pemerintahan Negara ini akan bertukar kepangkuan PAKATAN RAKYAT.

Akhir kata DMPP tidak lupa juga ingin merakam penghargaan kepada semua institusi yang terlibat bagi menjayakan pilihanraya kecil pada kali ini, seperti pihak keselamatan, SPRM serta badan-badan NGO dan sebagainya.




NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat.

No comments: