Tuesday, July 26, 2011
Pagi 23 Julai 2011 ~ Bertandang ke Walimah anakanda Ustzh Azizah Khatib Mat (bekas Ketua DMPP) di Maran, Pahang
Bersama Kak Zah di hadapan bangunan Tahfiz beliau
Bagai pinang dibelah dua
Hantaran zaman sekarang : IPad
22 Julai 2011 ~ Demo menuntut pembebasan 6 orang tahanan di bawah Ordinan Darurat
Mereka yang masih ditahan :-
1) Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar Devaraj, 56
2) M Sukumaran, 50
3) AP Letchumanan, 49
4) Choo Chon Kai, 33
5) M Sarasvathy, 58
6) R Sarat Babu, 25
Read More......
Tuesday, July 19, 2011
Pagi 15 Julai 2011 ~ Ziarah jenazah Ibu Dr Rainey di Bukit Antarabangsa
Sempat menziarahi Ibu Dr. Rainey (rakan seperjuangan merangkap YDP Wangsa Maju) sebanyak 2 kali di hospital
Bersama rombongan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan. Turut serta, Puan Lity Atini, Puan Rosiah dan Puan Kartini.
Sempat lagi membelek gambar dan carta keluarga Dr. Rainey di dinding rumah ayahnya itu
Bersama Puan Roosyati, isteri Dr. Rainey
14 Julai 2011 ~ Ziarah Mahabbah kepada warga Tahfiz at-Taqwa, Hulu Langat yang ditimpa kejadian tanah runtuh
Bersama dengan rombongan Muslimat PAS Bdr Tun Razak, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) Muslimat PAS Wilayah Persekutuan dan LKK DMPP.
Ziarah dan menyampaikan sedikit sumbangan kepada penghuni Tahfiz.
Selepas Solat Maghrib, diadakan Bacaan Yaasin sesama warga Tahfiz. Setiap Khamis malam Jumaat, mereka akan berhimpun untuk membaca Yaasin beramai-ramai. Orang awam turut berpeluang untuk menyertainya.
Solat Hajat selepas Solat Isya' berjemaah
Istimewanya ada nyanyian Marhaban di majlis ini
Menyampaikan tazkirah buat kaum ibu. Duduk bersebelahan ialah Dr. Rosni Adam, AJK DMPP merangkap Timbalan Ketua DMPWP dan Ketua DMPK Bdr Tun Razak.
11 Julai 2011 ~ Ziarah Saudara Kassim Sabu di Hospital Selayang
Di kanan sekali, Puan Normah Alwi, isteri Tuan Hj Mohamad Sabu.
Saudara Kasim Sabu ialah adik kepada Timbalan Presiden PAS.
Read More......
10 Julai 2011 ~ Ceramah dengan Sdra Bob Lokman di Chini, Pahang
Sdra Bob di pentas ceramah
Selepas Sdra Bob, giliran saya tiba. Saya menutup ceramah saya pada malam itu, dengan mendeklamasikan sajak oleh Sasterawan Negara, A. Samad Said :
Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.
Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.
Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.
Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.
Bersama Puteri-puteri BERSIH
Bersama dengan Ustzh Azizah Khatib Mat, AJK DMPP yang juga merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Maran, Pahang
Mengabadikan kenangan bersama Ustaz Baqi Othman, YDP PAS Kawasan Maran
Read More......