Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, July 18, 2011

Nuridah ucap terima kasih kepada seluruh ahli jemaah

Oleh : Saidah Hairan

PAS mengucapkan takziah kepada AJK PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh kerana anaknya, Abdul Aziz Azmi, 12, kembali ke rahmatullah jam 12 tengah malam, Ahad lalu. Almarhum meninggal di hospital Johannesburgh, Afrika Selatan selepas menjalani pembedahan tulang belakang tahap 6 pertengahan Mei lalu.

Jenazah tiba di rumahnya, Jalan Amzil, Taman Melewar sekitar jam 10 pagi Rabu dari KLIA, dan dikebumikan jam 2 petang bersebelahan makam bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri di tanah perkuburan Islam Batu Muda, Gombak.

Nuridah ketika ditemui mengucapkan syukur kerana segala pengurusabn jenazah almarhum dari Afrika Selatan ke tanah air dimudahkan dan selamat dikebumikan. Ini kerana katanya, jika mengikut maklumat dari KLIA, urusan membawa balik jenazah balik cepat seminggu dan almarhum merupakan jenazah paling awal tiba ke Malaysia.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada kedutaan Malaysia di Afrika Selatan dan dua orang pegawai kedutaan yang mengiringi jenazah hingga ke KLIA.

“Terima kasih juga kepada pihak polis KLIA dan semua yang terliba, pihak jemaah madrasah Darul Ulum, Zakaria, Johannesburgh,” katanya.

Dengan nada sebak, beliau turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh sahabat jemaah, jiran serta ahli surau yang mendoakan dan memberi sumbangan serta perhatian, wang dan doa.

Beliau bagi pihak keluarga mendoakan segala sumbangan itu hanya Allah sahaja yang dapat membalas. Terima kasih juga kepada penduduk Islam di pulau Krismas, Australia yang telah solat ghaib.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang turut mengucapkan takziah dan berdoa moga Allah menempatkan bersama orang yang saleh. Ketua Dewan Muslimat PAS, Siti Zailah Mohd Yusof mengucapkan takziah dan sabar dengan dugaan Allah. Beliau hadir pada malam Isnin ketia tahlil diadakan di rumah Nuridah.

Turut menunaikan solat jenazah, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali, YDP PAS Kawasan Gombak, Ustaz Salehuddin Nasir.

Antara pimpinan PAS yang turut hadir menziarahi keluarga Ustazah Nuridah ialah AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, Timbalan Ketua Muslimat PAS, Dr Siti Mariah Mahmud, mantan Ketua Muslimat PAS, Ustazah Jamilah Ibrahim, Ketua Penerangan DMPP, Aimah Athirah Al Jundi, AJK DMPP, Dr Rosni Adam, Kartini Ahmad, Ketua Muslimat PAS Selangor, Wan Hasrina Wan Hassan, Exco DPPP, Ustaz Kamal Ashari serta AJK PAS Kawasan.

1 comment:

Norhikmah A.Bakar said...

Salam takziah dari saya Norhikmah (sahabat lama semasa di KIK) untuk Nuri sekeluarga. Semoga tabah dengan ujian ini.