Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, July 15, 2011

6 Julai 2011 yg tidak dapat dilupakan hingga ke akhir hayat...jazakumullahu khairan kepada semua...

As Salaamu'Alaykum

Berbanyak terima kasih kepada semua yang telah membantu agar dapat memudahkan perjalanan pulang terakhir anak kami Muhd Abd Aziz al-Hafiz.

Alhamdulillah semua berjalan dengan mudah. Jenazah tiba di rumah jam 10.00am Rabu. Dengan bantuan Duta sendiri serta pegawai-pegawai Kedutaan Malaysia di Johannesburg urusan penghantaran jenazah berjalan lancar walaupun kematian berlaku pada hari Ahad cuti.

Peringkat awal pihak Singapore Airlines sudah bersedia terima untuk diterbangkan bersama-sama kami dua beranak pada hari Isnin 1.30pm, tapi semua dokumen perlu dari Pejabat Kesihatan dan Police and Home Affairs South Africa tidak dapat dibereskan sehingga ke petang.

Dato Duta menasihatkan saya dan Aisyah, kakak Aziz meneruskan perjalanan pulang dengan SIA dan beliau mengambil alih urusan penghantaran jenazah dengan dibantu oleh Pengurus Operasi MAS di Johannesburg Airport, Encik Zulkarnaian Zainal dan Pengurus Pemasaran MAS di pejabat Johannesburg Encin Yusmar. Oleh kerana MAS tidak terbang pada Isnin, mereka booking penerbangan paling awal Qatar Airways pada hari Isnin itu juga bertolak jam 9.30 mlm dan transit di Doha 4jam dan akan sampai di KLIA pada 8.30mlm. Tetapi pihak Qatar di Doha tidak dapat confirmation dari counter part di KLIA kerana cuti. Jika diteruskan akan menimbulkan masalah jenazah akan terkandas di Doha.

Akhirnya mereka hantar pada penerbangan MAS Selasa 1.50pm dan selamat sampai pada hari Rabu 6.30pagi. Jenazah diiringi oleh Pegawai Kedutaan Encik Mansor bersama-sama semua dokumen yang perlu dan secara kebetulan Encik Yusmar sendiri yang akan menghadiri mesyuarat MAS di KL pada hari Jumaat.

Jenazah berkeadaan baik walaupun sudah 2 hari. Kelihatan muka Aziz al-Hafiz bersih dan tenang seperti orang yang tidur. Juga dengan tadkir Allah almarhum disemadikan bersebelahan dengan almarhum Ustaz Hassan Shukri sebagai teman di alam Baqa. Shukur alhamdulillah.


Kami juga merakamkan berbanyak terima kasih kepada pihak MAS Kargo yang membantu, pihak Pejabat Kesihatan KLIA yang begitu cepat menguruskan dokumentasi yang siap pada 8.30pagi, juga pihak Balai Polis KLIA yang tidak menahan jenazah sebaliknya hanya memerlukan seorang waris untuk urusan sijil mati dan permit serta membenarkan jenazah dibawa pulang segera dengan alasan waktu pagi keadaan lalulintas sangat sibuk dan jam.

Terima kasih banyak sekali lagi. Moga semuanya dikira sebagai amal jariah yang akan diberikan ganjaran oleh Allah seperti yang telah dijanjikanNya. Wassalam.


Hj Azemi n Ustzh Nuridah

3 comments:

Anonymous said...

harap ustazah dan suami serta ahli keluarga yg lain tabah dan kuat jiwa. kekuatan jiwa yg ustazah pamerkan semoga akan terus menjadi satu motivasi buat saya, insyaAllah... - ~Soffy~

Kamariah said...

semoga ditabahkan hati Nuri dan keluarga.....

bahriah said...

Assalamu'alaikum Nuri. Semoga Nuri dan keluarga tabah...