Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, June 12, 2011

Perjuangan tetap diteruskan...

Berita : Credit to Laman Web LLG Cultural Development Centre

KUALA LUMPUR 8 JUN : Isteri seorang tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hari ini hadir ke kedutaan Singapura bagi membuat rayuan supaya dibenarkan untuk berjumpa dengan suaminya yang kini ditahan di bawah akta zalim itu sejak Mei lalu.

Suriati Othman, isteri Abdul Majid Kunji Mohamad ditahan kerana didakwa terbabit dengan "aktiviti keganasan".

Beliau yang hadir bersama-sama NGO Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) memohon jasa baik Kerajaan Singapura untuk memberi kebenaran kepadanya kerana Suriati difahamkan sehingga kini Abdul Majid masih belum dituduh melakukan apa-apa kesalahan.

"Saya hanya nak jumpa dengan suami saya secepat mungkin. Itu saja harapan saya. Saya tahu dia tak bersalah. Dia difitnah," kata Suriati selepas ditemui di luar perkarangan Kedutaan Singapura, di sini, hari ini.

Majid ialah seorang ahli perniagaan yang berasal dari Singapura tetapi telahpun bermastautin di negara ini sejak 10 tahun lalu.

Menurut Suriati, Majid ditahan oleh sekumpulan polis di pejabatnya di Setiawangsa tanpa menunjukkan sebarang surat tunjuk sebab serta memaklumkan mengapa beliau diperlakukan sedemikian.

Bagaimanapun menurut Suriati, Majid ditangkap di bawah ISA kerana didakwa terlibat menyalurkan dana kepada Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) yang memperjuangkan kemerdekaan Mindanao dari Kerajaan Filipina.

Majid dihantar ke Singapura kira-kira dua minggu lalu tanpa sebarang bukti atau perbicaraan dan sehingga kini tidak dibenarkan berjumpa peguam dan ahli keluarganya.

Pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh yang turut bersama Suriati dan beberapa jawatankuasa GMI berjaya bertemu dengan Setiausaha Utama Kedutaan Singapura, Harold Lee selama kira-kira 20 minit, pagi tadi.

Menurut Syed Ibrahim, pada pertemuan itu Harold berjanji akan menyerahkan memorandum tersebut kepada Kerajaannya.

Kami meminta dan mendesak kerajaan Singapura untuk membebaskan Abdul Majid segera atau hadapkan beliau ke Mahkamah untuk dibicarakan. Beliau ditangkap tanpa bukti atau peluang untuk bercakap," katanya.

Beliau bagaimanapun tidak meletakkan harapan tinggi kepada Kerajaan Singapura dalam isu ini berikutan kekangan undang-undang ketat dan persepsi umum masyarakat di sana yang dikongkong maklumat terhadap ISA.

Menurut Syed Ibrahim, beliau akan cuba bekerjasama dengan NGO dan pihak lain parti itu dalam memberi tekanan kepada Kerajaan Singapura.

"Kami dalam proses untuk bersama NGO dan parti pembangkang Singapura yang mendapat keputusan baik dalam pilihan raya lepas republik itu," terang beliau.

Timbalan Ketua Jawatankuasa Masyarakat Sivil Pusat Pembangunan Kebudayaan Teh Yee Keong mewakili LLG menghadiri sesi penghantaran memo di kedutaan Singapore. LLG telah menyertai gerakan mansuhkan ISA secara sah pada Mei 2011.

No comments: