Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, March 21, 2011

MEMOIRS DR. MAHATHIR MEMPAMIRKAN PERSEPSI BURUK YANG BERTIMPA-TIMPA PADA HASIL KERJANYA TERDAHULU.


Motif yang dapat kita simpul dari tindakan Dr. Mahathir pada memoirnya kali ini adalah ingin mempengaruhi padangan umum (public opinion) terhadap kes Dato Seri Anwar kerana tindakan pertamanya dulu semasa berkuasa untuk melumpuhkan Dato Seri Anwar telah gagal.


Motif sebenarnya, hanya Allah dan dia sajalah yang tahu. Cuma sebagai seorang Islam, kita mestilah meyakini bahawa segala apa saja tindak-tanduk yang kita lakukan samada dalam bentuk percakapan, penulisan dan sebagainya, semuanya akan dicatat oleh malaikat raqib dan atiq. Dari catatan itu kelak kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.


Justeru itu jika pada catatan ada unsur-unsur penipuan atau pembohongan maka kita akan menerima akibat azabnya daripada Allah di akhirat nanti. Mungkin beliau boleh membohongi ramai orang dan dirinya sendiri, tapi tiada siapa yang dapat membohongi Allah. Allah Maha Mengetahui.


Tetapi apa yang perlu kita sedari juga bahawa sesuatu pembohongan itu walau dalam bentuk apa sekalipun akhirnya kebenaran akan datang. Malah sejak di dunia lagi manusia tidak dapat menerima pembohongan. Kebenaran itu adalah yang hakiki dan Allah tidak akan redha serta akan ada manusia yang berjuang untuk menegakkan kebenaran walaupun ia akan memakan masa yang lama. Kata pepatah Inggeris, “ You can cheat some people some times but not all people all the times – Kamu boleh menipu sesetengah orang pada sesuatu masa tapi tidak semua orang setiap masa.”


Sehubungan itu adalah amat malang sekali bagi seorang tokoh negarawan seperti Dr. Mahathir menulis memoirnya mempertikaikan sejarah. Beliau seolah-olah cuba memperbetulkan kesilapan-kesilapannya dari kaca-matanya sendiri yang menjadikan memoirnya sangat kontrovesial. Ataupun memang beliau sengaja mencari kontrovesi.


Dari kontrovesi yang tercetus itu adalah amat malang sekali bagi beliau dalam usia lanjut melihat dan memikul persepsi buruk yang bertimpa-timpa pada hasil kerja buatnya yang terdahulu. Beliau menjadi seorang tua yang berhutang pada sejarah hidupnya sendiri dan merasai penuh kekesalan dan kekecewaan, lantas cuba memperbetulkan kesilapan-kesilapannya melalui penulisannya.


TAN SRI MUHYIDDIN TERTEKAN DENGAN SAMBUTAN HANGAT RAKYAT

TERHADAP PAKATAN PAKYAT DI SARAWAK.



Tohmahan Tan Sri Muhyiddin bahawa kehadiran PR di Sarawak hanyalah sebagai pengacau adalah tidak adil dan amat mengelirukan. Beliau mempamirkan sikap pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO/BN yang tidak demokratik dan bertentangan dengan semangat Perlembagaan Malaysia. Ianya juga seolah-olah ingin memperbodohkan rakyat agar terus menyokong BN.


Perlembagaan Persekutuan Malaysia membenarkan pembetukan pelbagai parti politik untuk memperjuangkan hak-hak dan kesejahteraan rakyat. Malah BN sendiri adalah gabungan antara beberapa banyak parti-parti politik kaum. Oleh itu tidak timbul sebarang masalah terhadap kehadiran PR di Sarawak.


Sebenarnya dari sudut Perlembagaan ahli-ahli dan penyokong PR di Sarawak berhak terlibat terus dalam kancah politik negeri itu. Perlembagaan juga menjamin hak-hak tersebut. Tiada sesiapapun yang boleh menafikan hak-hak tersebut. Adalah menjadi tanggungjawab seluruh rakyat Sarawak untuk berusaha mencapai taraf hidup yang lebih baik serta membuat perubahan demi mencapai matlamat tersebut.


Juga menjadi agenda utama PR untuk mengajak seluruh rakyat Sarawak bersama-sama berjuang membuat perubahan untuk mencapai matlamat yang lebih gemilang. PR yakin bahawa rakyat Sarawak mampu berubah. Sejarah telah tercatat bahawa rakyat Sarawak telah beberapa kali membuat perubahan dengan meletakkan parti-parti yang berlainan memerintah. Cuma Allahyarham Tun Razak berjaya memujuk parti-parti tersebut bergabung di dalam BN.


Sesungguhnya dari tindakan Tan Sri Muhyiddin itu terselit rasa takut pemimpin-pemimpin tertinggi BN akan ditolak oleh rakyat pada pilihan raya kali ini. Mungkin juga beliau mula rasa tertekan melihatkan sambutan hangat rakyat terhadap PR di Sarawak.

Nuridah Mohd Salleh

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat.

21 Mac 2011.

1 comment:

Anonymous said...

http://www.facebook.com/topic.php?uid=12411993651&topic=13004

asalamualaikum Tun Dr Mahathir,

Kami rakyat prihatin terhadap kebajikan anak anak kecil negeri Sarawak ingin mendapat perhatian Tun tentang perkara di bawah yang telah kami sampaikan pada Yang berhormat Perdana Menteri kita yakni Dato seri Najib Tub Razak, itu pun kalau beliau take action.Ceritanya seperti di bawah.....

Assalamualaikum Dato' Seri dan semua yang membaca keluhan ini yang telah terpendam sekian lama.

Sekolah sekolah di luar bandar negeri Sarawak mendapat sistem bekalan air secara perigi tiub dan di selengara oleh syarikat Azair Sdn Bhd yang mana syarikat ini di ketuai oleh Dato' Tawfik Ayman iaitu suami kepada gabenor bank negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.

http://azair.com.my/
Dato' Dr. Tawfiq Ayman , Alif Ayman Aziz bin Dato Dr Tawfiq Ayman

MASALAHNYA, Azair ni tak perform dan banyak aduan tentang perkhidmatan mereka ni dan kontrak sepatutnya sudah tamat pada oktober 2009.warga sekolah, guru serta jabatan pendidikan negeri sarawak memang tak berpuas hati dengan servis azair.dah la tak ada air kat sesetengah sekolah, kualiti air teruk dan busuk,kualiti penyelengaraan teruk tetapi melalui maklumat terkini didapati Dato' Sri masih nak beri kat dia orang.

dah la kontrak gila gila melampau beratus juta, walaupun air kotor dan tak ada air azair masih di bayar secara lump sum lebih 2 juta sebulan selama 3 tahun. mana keadilan macam ni. budak budak umur bawah 12 tahun yang kebanyakannya iban, melayu, bidayuh, kenyah serta melanau masih tak dapat pakai air yang azair selengara ni.datang lah sendiri ke sekolah luar bandar dan tengok. SK Silas bintulu, SK Seputi miri,Sk sungai Selad bintulu, SK Ng Ngemah kapit, sk long bemang marudi antara sekolah yang teruk di selengara oleh syarikat suami gabenor bank negara yang banyak duit nie, dan banyak lagi sekolah sekolah yang teruk di selengara sebenarnya.kebanyakan pihak guru seperti kami dah jemu mengadu bertahun tahun tapi tak ada tindakan pun....

apakah kepentingan anak negeri sarawak ini perlu di abaikan untuk memenuhi kepentingan sesetengah pihak yang tidak ambil pusing malah tiap bulan melancong ke london.

silalah kaji balik keputusan Dato' Sri nak sokong tanpa melalui tender yang telus serta adil.janji pilihan raya lain dulu supaya telus adil semua kontrak kerajaan dan tiada lagi direct nego tapi ni lain pulak jadinya.mungkin connection tan sri zeti kuat kot....
satu malaysia tapi award kontrak kerajaan yang besar lebih 100 juta satu syarikat pulak jadi nya.

feed back dato seri dan warga malaysia yang perihatin amat di nantikan.jangan bercakap je, bertindak lah.
nanti.... jadi cakap tak serupa bikin,pilihanraya sarawak dah dekat ni...

terima kasih

ps; harap Tun serta rakyat Malaysia yang concern tentang anak anak bangsa Malaysia boleh lah bagi pandangan tentang kepincangan yang serius ini....


Election sarawak dah dekat ni Tun, harap dapatlah membantu.....