Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, April 27, 2011

SIKAP UMNO SEJAK DULU, TAK DAPAT TANDUK

TELINGA DIPULAS!



Pada minggu lepas, Cikgu Maarof bin Abdul Mutalib, seorang guru di SMK Tenang Stesen, Segamat, Johor telah mendapat surat arahan tukar ke SMK Tanjung Pengelih, Pengerang, Kota Tinggi, Johor. Surat arahan daripada Pengarah Pelajaran Johor, Haji Markom bin Giran itu bertarikh pada 28 Mac 2011 di terima oleh Guru Besar SMK Tenang Stesen pada 19 April, sedangkan arahan tukar itu berkuatkuasa pada 16 April.


Tidak pula dinyatakan sebab apa arahan perpindahan itu dilakukan, tetapi umum mengetahui bahawa Cikgu Maarof adalah suami calon PAS pada PRU Tenang yang lalu, Nomala binti Sudirman atau Cikgu Mala. Tidak juga diketahui bahawa SMK Tanjung Pengelih ada terdapat kekurangan guru. Kita juga tahu bahawa Cikgu Maarof mendapat cuti sakit yang sah daripada sebuah Klinik Kerajaan semasa kempen PRU Tenang yang lalu.


Apakah sebenarnya motif Jabatan Pelajaran Johor bertindak sedemikian? Jika atas dasar tindakan disiplin kerana Cikgu Maarof dikatakan telah berkempen untuk isterinya, kenapa tindakan disiplin yang sama tidak diambil terhadap Haji Markom bin Gilan kerana jelas beliau juga menyokong dan berkempen untuk calon UMNO kepada guru-guru seperti yang tertera pada video U-tube di internet. Malah PAS telah menghantar notis bantahan kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya.


Tindakan “double standard” ini jelaslah bermotifkan politik balas dendam seperti kata pepatah – tak dapat tanduk telinga dipulas. Tindakan ini sebenarnya ditujukan untuk Cikgu Mala. Tindakan ini juga boleh ditafsirkan sebagai tindakan amaran kepada semua guru-guru supaya tidak terlibat dan menyokong parti-parti pembangkang. UMNO sebenarnya sangat bimbang dengan tawaran imbuhan RM500 yang akan diberi oleh Pakatan Rakyat, seperti yang tertera di dalam Buku Jingga.


DMPP tidak terkejut dengan tindakan tidak bertamadun ini. Tindakan yang kuat dipengaruhi UMNO ini bukan satu kes baru dan terasing. Malah telah menjadi lumrah kepada para penyokong PAS dari kalangan guru-guru sejak dulu lagi. Lebih dahsyat lagi ada beberapa penyokong PAS yang telah ditukarkan ke Sabah dan Sarawak semata-mata di atas inisiatif mereka terlibat dengan PAS.


Sesungguhnya telah menjadi pengetahuan umum bahawa ramai para guru yang terlibat dengan UMNO di peringkat Bahagian dan Negeri. Bahkan terdapat mereka yang memegang jawatan-jawatan penting dalam UMNO duduk dengan selesa. Mereka juga tidak pernah termimpi akan diambil tindakan disiplin. Anihnya UMNO menabik dada bahawa mereka adalah sebuah parti yang sentiasa membela rakyat. Sedangkan tindakan penganiyaan terhadap guru-guru tersebut dicemuh oleh semua yang mempunyai pemikiran yang waras.


DMPP amat kesal dengan tindakan UMNO yang tidak demokratik ini. DMPP juga mendesak agar tindakan ini ditarik balik. Adalah satu tindakan yang mulia untuk berpatah balik jika kita tersilap melakukan sesuatu tindakan. Sebagai warga Malaysia yang merdeka kita mempunyai hak-hak kebebasan untuk menyokong mana-mana parti politik. Hak-hak ini dijamin oleh Perlembagaan. Tindakan penganiyaan ini tidak direstui oleh rakyat dan lambat laun rakyat yang sedar akan menghukum UMNO dengan menolak mereka di dalam PRU akan datang.



Nuridah Mohd Salleh.

20 April 2011.

Read More......

Sekitar Pelancaran Pertubuhan Amal Khadijah Malaysia (PERAMAH)

gambar-gambar : kredit kepada FB Heliza Helmi

















*PERAMAH boleh dihubungi di talian 019-559 7066 atau 019-676 6454.

Read More......

Tuesday, April 26, 2011

PAS tawar bantuan guaman untuk keluarga Sarbani

Oleh Mohd Farhan Madzlan

KELANA JAYA, 25 April: PAS melalui Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Pusat telah menziarahi keluarga allahyarham Ahmad Sarbani Bin Mohamad di kediamannya di Kelana Jaya semalam.


Kunjungan ini dimulakan dengan bacaan tahlil ringkas yang dikendalikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasruddin Hassan At-tantawi bersama ahli keluarga allahyarham dan 30 orang ahli dan masyarakat setempat turut hadir sama dalam kunjungan tersebut.

Ahmad Sarbani meninggal selepas dikatakan jatuh dari tingkat empat bangunan SPRM Kuala Lumpur selepas beliau ke pejabat itu baru-baru ini. Ekoran itu pelbagai andaian dibuat bagaimana beliau jatuh dan meninggal. Sebelum ini, para pemimpin kanan PAS turut menziarahim keluarga beliau bagi mengucapkan takziah atas kejadian itu.

Nasruddin mengucapkan takziah kepada balu allahyarham Sarbani (Puan Maziah Bt. Manap) serta keluarga dalam insiden dan memohon agar terus bersabar dalam menempuh hidup.

Nasruddin berkata, "Kita dari Dewan Pemuda dan rombongan yang hadir mengharap dan berdoa agar puan sekeluarga diberikan ketenangan dan keadilan yang sebenar. (Gambar: Pimpinan Muslimat PAS bergambar bersama keluarga Allahyarham Sarbani)

"Kita juga telah bersetuju untuk menyediakan khidmat guaman bagi membela Allahyarham serta kos guaman tersebut akan ditanggung sepenuhnya oleh Dewan Pemuda PAS Pusat," tambah Nasruddin lagi.

Wakil keluarga yang juga merupakan adik kepada Allahyarham (Hussin bin Mohamad) turut berterima kasih atas kesudian PAS untuk datang mengujungi keluarga mereka dan bersama-sama membantu mereka untuk mencari keadilan bagi keluarga mereka.

Apabila ditanyakan apakah tindakan yang bakal dilakukan oleh pihak keluarga dalam kes tersebut, Maziah mengatakan masih menunggu hasil siasatan selesai.

"Kami masih menunggu siasatan polis sehingga selesai dan selepas itu kita akan buat tindakan hasil dari keputusan siasatan tersebut," kata Maziah yang telah berbincang dengan peguamnya yang juga merupakan abang iparnya.

Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh juga turut memberikan sokongan kepada balu Allahyarham serta keluarga agar lebih cekal dan bersabar.

Dewan Muslimat juga bersedia untuk menyalurkan kebajikan dan membantu bagi meringankan bebanan keluarga allahyarham yang telah meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak.

Tiga daripada mereka masih lagi belajar di sekolah.

Di akhir pertemuan tersebut sedikit sumbangan juga telah disampaikan kepada keluarga Allahyarham oleh Ustaz Nasruddin dan juga Ustazah Nuridah mewakili kedua-dua dewan.

Kunjungan malam tadi turut dihadiri oleh Ustaz Hasbullah Ridwan (Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor) dan Ustazah Wan Hasrina Wan Hasan (Ketua Dewan Muslimat Pas Selangor) serta exco-exco kedua-dua dewan.


Read More......